eilahanafi

Saturday 22 February 2014

geLagAk-geLagak BintaNg HAtiKu..


 Anak saudara yang pertama dalam keluarga ku iaitu AQIL FATHI umur dah 6 tahun cepatnye besar,mase kecik gemok ajo..skrg dah cekeding mcm ak..hehehe
< Aqil Fathi >

Ni plak yang anak buah yg ke-2 ank abg..budak nakal yang selalu gadoh ngn ak hehe,,bile  barjauhan rindu plak,,umur 5 tahun tp lagaknya macam org tua.dengan kenakalan dan lawaknya nye menjadi org tertawa..ish2x budak bulatt nih...
< wan muhammad Amar >

Ni plak mek kecik ni..umur baru 2 tahun tp dah petah berbicara walaupon ad pelat sikit2x..dan2x je bergaya depan kamera no..huhu 
< Wan Siti Nur Aqilah >

Last skali buat masa ni..budak kecik ni..walaupon lahir x sampai bulan tp sihat..rindu nya cik lah kat adk asif ni x puas lg maen..tup2x dah kena balik nilai..balik nanti msti dah berubah n makin besar..
< wan muhammad asif >







 bila hadirnya permata hati ini terasa kemerihan berganda2x dalam keluarga dr sebelumnya,,ak mendoakan semoga bertambah semakin ramai para mujahid dan mujahidah dalam keluargaku InSYAallah Amin..moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kami..


Saturday 10 November 2012

Gunung Brinchang (5-7 okt 2012)

lame benar x update blog,,mata pom x mengantuk lg..sbb da tido awl2x td..tibe2x teringt plak kenangan pergi kat cameron highland..bkn nye ape saje nk tulis kenangan sblum lupa dari ingatan sbgai tatapan ku suatu hari nanti,,bab kata k.dayah mimpi pom kena tulis..haha rupe2xnye ad gak ore y terfikir cam ak.. (^-^)



                              peserta yang menyertai bergambar kenang-kenangan.




                                                     taklimat sebelum hiking
                        





hehe,,budak kcik keseorangan menanti putera gunung brinchang datang menolong!!



terpaksa ku tempuhi jalan  yang berliku,berlopak habis kotoq..




dah hmpir sampai kmuncak,segala kepenatan,kejerihan hilang serta merta apb mlihat keindahan alam ciptaan Allah sungguh indah,,especially dari puncak gunung!! wow cantikkkkkkkkk....


akhirnya berjaya jgak kami sampai di puncak gunung brinchang y mana ketinggian (6666kaki)









adoiii mengantuk da,,smbung lain kali jela whai diariku,,jk masih ad k'rajin ,,huhu selamat malam,,smbung dalam mimpi...( ^_^)

Saturday 15 September 2012

RAMAI LELAKI DAYUS

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Ramai lelaki menjadi DAYUS atau tak sedar dirinya dayus.


1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya terdedah dan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki dihilangkan? Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


10) Membiarkan isteri dan anak-anak disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

nyamuk-nyamuk ikhtilat..

sje nak share insyaallah sbgai nasihat untuk diri sendiri dan saudara seislam smuanya yang sy amek dr blog fatimah syarha...insyaallah ape y baik mnjadi manfaat untuk smua...semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita dalam melaksanakan kearah kebaikan...

(NYAMUK-NYAMUK IKHTILAT)

Monday 11 June 2012

IMTIHAN DATANG LAGI....!!!!!!!!

ya Allah..akhirnya masenya y ditunggu2x akn tiba juga....esok 12/6/2012 ak dh mula imtihan.urmmmmmmmm smoga Allah memberkati ape y ak baca dan mempermudahkan urusan ku....^_^ study n discuss same2x ngn rooomate...syg korang (salam,farah and afiqah) thanks sudi menolongku n mlyn kerenah ku y mcm2x...hehehe sgguh bnyak kngn bersama korang...kdg2x cdih la gak ble terfikir hanya tinggal 10 ary lagi bersama korang...walau pape pom.....gud luck kwan2xku...i.Allah ape y kite lakukan mndapat keredhaan Allah apb dilakukan dengan ikhlas.......

SALAM IMTIHAN......^_^





Sunday 3 June 2012

termenung di petang hari...

ermmmmmm....final exam datang lagi,,untuk semester 2 ak di bumi usim...suasana kk1 begitu sunyi sepi krana majoriti balik kampung...maklum la cuti seminggu...lau rumah ak dekat ofcourse la ak dah blek..sbb rindu cngat2x kat family,nak bersama family....smnjak ak msuk Usim selalu jew x dpt joint family day bersama keluarga..family pg cameron highland ak x dapat ikut....ermmm cdih...ni plak cuti2x skolah fmily ak pg kat pantai lak.....ermmm cdihnye x dapat ikut...xpe la..nk bwat cmner..dh nasib cmni,,,hehe...keheningan y sunyi ini teringat la kat anak buah ak aqil, amar and aqilah..dah besar kut diaorang dh lama cngat x tengok diaorg..bdak2x slalu je berubah x tngok sbulan pom dh berubah......hahaha y ak pling x thn nk lyan kerenahnye si amar....cngat nakal dan selalu jew bwat ak tergelak ngan telatahnye,,dhla montel,muka bulat ish2x..geramnye hehe rindu bngat sih...camner la agaknya smakin nakal kut....opppppppssssssss sudah la......
mood :  kangan bangat sama family...ya allah ya tuhanku  rahmatilah kedua ibu bapaku dan suluruh ahli keluargaku....amin.......







ammar

Wednesday 2 May 2012

syurga di bawah telapak kaki ibu

Assalamualaikum.........erm,,dah lama agaknya ana x update blog......erm...nak bermadah kata pom x pandai sangat...so ana share surat ibu kapada anknya...cdih la baca...harap2x kite smua mnjadi ank2x yg soleh dan solehah penyejuk mata,penawar duka kpd ibu bapa kita...insyaallah....



SURAT DARI IBU KEPADA ANAKNYA... "Anakku…. Inilah surat dari lubuk hati yang terdalam dari ibu buatmu. Linangan air mata bertetesan deras sewaktu ibu menulis surat ini. Ibu lihat kamu seorang lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kamu boleh mengoyakkan surat ini selepas membacanya , seperti saat engkau meremukkan kalbuku sebelumnya. Sejak doktor memaklumkan tentang kehamilan, ibu berbahagia. Sembilan bulan ibu mengandungmu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah karena kandungan ini. Meski begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat didepan mata saat ibu melahirkanmu. Jeritan tangismu meneteskan air mata kegembiraan kami. Selepas itu, ibu seperti pelayan yang tidak pernah beristirahat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu dan permintaanmu kepada ibu untuk membuatkan sesuatu. Masa remajamu kian menginjak. Kelelakianmu juga semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau bernikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru. Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak diri ini telah kamu lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak berjumpa denganmu, meski melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski hanya beberapa minit saja untuk melihat dirimu, wahai anakku. Ibu sekarang sudah sangat lemah. Badan sudah membongkok, sering sakit-sakit dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu. Ibu semakin susah melakukan pergerakan. Anakku… Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan berterima kasih kepadanya. Sementara Ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu bertanya-tanya, dosa apa yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Anakku.. Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bilakah kau akan pulang menjenguk ibu yang sarat dengan kerinduan ini? Ibu tidak tega untuk mengadukan keadaan ini kepada Tuhan yang di atas sana. Ibu juga tidak akan menularkan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheretmu kepada kederhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya, Anakku… Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan cahaya diriku… Anakku.. Takutlah engkau kepada Tuhan kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekalah air mataku, ringankanlah beban kesedihanku. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin mengoyak-ngoyakkan surat ini. Anakku… Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat dan ketika ibu ingin bersalin yang sangat menakutkan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah persalinan, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusui. Ingatlah belaian sayang dan kelelahan Ibu saat engkau sakit. Ingatlah ..Ingatlah. Salam sayang selalu Ibumu........." ps: sekadar ingatan bersama bahawa kasih ibu tiada mampu terbalas... saya rindu ibu...sob3 :(