eilahanafi

Wednesday 2 May 2012

syurga di bawah telapak kaki ibu

Assalamualaikum.........erm,,dah lama agaknya ana x update blog......erm...nak bermadah kata pom x pandai sangat...so ana share surat ibu kapada anknya...cdih la baca...harap2x kite smua mnjadi ank2x yg soleh dan solehah penyejuk mata,penawar duka kpd ibu bapa kita...insyaallah....



SURAT DARI IBU KEPADA ANAKNYA... "Anakku…. Inilah surat dari lubuk hati yang terdalam dari ibu buatmu. Linangan air mata bertetesan deras sewaktu ibu menulis surat ini. Ibu lihat kamu seorang lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kamu boleh mengoyakkan surat ini selepas membacanya , seperti saat engkau meremukkan kalbuku sebelumnya. Sejak doktor memaklumkan tentang kehamilan, ibu berbahagia. Sembilan bulan ibu mengandungmu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah karena kandungan ini. Meski begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat didepan mata saat ibu melahirkanmu. Jeritan tangismu meneteskan air mata kegembiraan kami. Selepas itu, ibu seperti pelayan yang tidak pernah beristirahat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu dan permintaanmu kepada ibu untuk membuatkan sesuatu. Masa remajamu kian menginjak. Kelelakianmu juga semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau bernikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru. Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak diri ini telah kamu lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak berjumpa denganmu, meski melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski hanya beberapa minit saja untuk melihat dirimu, wahai anakku. Ibu sekarang sudah sangat lemah. Badan sudah membongkok, sering sakit-sakit dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu. Ibu semakin susah melakukan pergerakan. Anakku… Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan berterima kasih kepadanya. Sementara Ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu bertanya-tanya, dosa apa yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Anakku.. Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bilakah kau akan pulang menjenguk ibu yang sarat dengan kerinduan ini? Ibu tidak tega untuk mengadukan keadaan ini kepada Tuhan yang di atas sana. Ibu juga tidak akan menularkan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheretmu kepada kederhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya, Anakku… Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan cahaya diriku… Anakku.. Takutlah engkau kepada Tuhan kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekalah air mataku, ringankanlah beban kesedihanku. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin mengoyak-ngoyakkan surat ini. Anakku… Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat dan ketika ibu ingin bersalin yang sangat menakutkan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah persalinan, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusui. Ingatlah belaian sayang dan kelelahan Ibu saat engkau sakit. Ingatlah ..Ingatlah. Salam sayang selalu Ibumu........." ps: sekadar ingatan bersama bahawa kasih ibu tiada mampu terbalas... saya rindu ibu...sob3 :(