eilahanafi

Wednesday, 18 April 2012

Mencontohi Kerajinan semut....

jom baca!!! semoga kita semua dapat ambil iktibar dari kisah ini...
Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk. Kerajinan, daya usaha yang tinggi serta kegigihan adalah suatu frasa yang hampir sama ertinya. Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti sebenarnya sebagai suatu aspek utama untuk mengorak kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan? Berapa ramai dari kita yang menjadikan elemen rajin sebagai suatu unsur yang mesti ada dalam diri?. Terciptanya manusia sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini adalah bukti kesempurnaan kejadian manusia. Jika kita bandingkan diri kita semua dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan, sudah tentu terdetik rasa bertuahnya diciptakan sebagai manusia yang sempurna tubuh, akal fikiran dan anggota lainnya. Jika kita bandingkan diri kita dengan makhluk Allah bernama semut, pasti ada terlintas di fikiran bahawa semut adalah makhluk kecil yang lemah berbanding kita semua. Semut adalah serangga bersaiz kecil dan halus tubuh badannya. Kekurangan tersebut langsung tidak mendukacitakan sang semut kerana mereka hidup dalam suatu komuniti yang besar, bersatu padu dan saling bekerjasama. Kegigihan sang semut sememangnya mengatasi manusia dan ini seharusnya menjadi pedoman dan pengajaran buat insan yang berfikir. Lihatlah bagaimana mereka meguruskan kehidupan harian dengan begitu rajin. Jika mencari makanan, mereka akan meredah segala pelusuk yang menempatkan makanan meskipun lokasinya amat jauh dari sarang. Cubalah anda menyelusuri seekor semut dari saat dia keluar untuk mencari makanan hinggalah pulang ke sarangnya. Pasti anda akan mendapati kesungguhan yang luar biasa dan tanpa putus asa yang ada pada sang semut. Kata seorang sarjana Barat, Henry W. Beecher, "Satu jam yang tekun dan insentif, adalah jauh lebih baik dan menguntungkan daripada mimpi dan termenung yang bertahun lamanya." Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh sang semut selari dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Najm bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya." (An-Najm:39) Dikisahkan Nabi Sulaiman a.s sedang berehat diluar Istana lalu baginda ternampak seekor semut yang sedang merayap di atas seketul batu. Baginda berasa kagum bagaimana semut itu boleh hidup diatas batu-batu yang kering ditengah-tengah padang pasir itu. Disebabkan ingin membantu semut tersebut, baginda menyediakan sebuah rumah kecil dengan bekalan makanan gandum didalamnya. Selepas semut itu bersetuju, maka tingallah ia di dalam di dalam rumah kecil berisi bekalan gandum itu. Selepas sebulan lamanya, gandum itu hanya tinggal sedikit. Semut tersebut menjelaskan kepada Baginda kenapa ia lebih senang hidup diluar daripada dipelihara. Ini kerana ia bimbang Baginda akan terlupa memberinya makan kerana kebiasaannya jika di luar sana, sang semut akan makan sebiji gandum atas daya usaha dan kerja kerasnya. Tetapi sebaik sahaja Nabi Sulaiman memasukkannya ke dalam rumah tersebut, sang semut menyatakan bahawa ia cuma dapat makan setengah gandum sahaja supaya bekalan itu mencukupi untuk sebulan lagi. Akhirnya Nabi Sulaiman akur bahawa usaha dan ikhtiar yang kuat sang semut dapat menjana kekuatan hidupnya. Benarlah apa yang dikatakan dalam buku Success Acceleration karya Tony Jeary: "Bersikap optimis dan positif bukanlah hanya suatu tindakan, gimik atau formula ajaib yang perlu dilakukan apabila perlu. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang mesti dibangun dan diamalkan sehingga ia menjadi suatu kebiasaan (a nature of response). Justeru mulai saat ini, jadilah seorang yang optimis sepanjang masa." Sang semut menjalankan tugasnya dengan dua elemen yang penting yang boleh kita contohi iaitu focus dan priority (keutamaan). Sang semut sentiasa fokus iaitu memberi tumpuan kepada kawasan sumber makanan lalu melaksanakannya dengan ikhtiar yang tinngi untuk mendapatkan makanan tersebut. Prioroti sang semut pula menekankan kepada kesesuaian kawasan sumber makanan untuk mereka perolehi. Sebaik sahaja sang semut mengenalpasti kawasan yang ingin dituju, maka segerombolan semut akan melakukan operasi mencari makanan tersebut. Mereka melakukan dengan penuh kesungguhan sehingga berjaya. Kerana sikap itulah, sang semut jarang sekali atau mungkin tidak pernah pulang ke sarang dengan tangan kosong!. Hakikat ini disokong oleh Presiden Indonesia pertama, Sukarno ada menyatakan, "Orang yang rajin lebih berharaga daripada seorang raja". Wallahua'lam.

Friday, 6 April 2012

KenAnGan BaleK kaMpunG..

Pada 7 april ary jumaat punyalah awal ak meninggalkan kk1 lbih krang pkul 2.30 ptg la agaknya...slalunya sblum2x ni ak bertolak dari hostel lbih kurang pukul 6 la......nie pom sebab member ak nak pg ambil tiket kt kl sentral ngn kwannya dr UIA terpaksa la ak ikut krn nak blek punya pasal...erm smpai kt ktm rupenye awal lagi kwn kpd member ak 2 ad klas plak kul 5 baru habis...ble pkir2 masih awal kami pom pegi jln2x kat mid valley jap...kjap2x pom lame la jgak sampai nk angkat kaki pom x larat...pas2 pg ke kl sentral lak naek komuter...2ggu2x komuter lama la gak mngantuk den...tngok orang skeliling punya lah rmai nk tdo segan terpaksa la thn mata...lau bleh letak tongkat dh ak letak kt mata dah xhn cngt letih100x...then,komuter pom sampai..alamk!!!ramainye,,,nak msuk cmne???ak pom maen redah jew asalkan ak bleh naek...pas2kan kan kan???sampai kt kl sentral ak pom jln skejap pegi surau dah la kaki ak dh x larat nk angkat meredah perjalanan,,tp ak paksa ku gagahi ha3..ak pom tdo jap zzzzzzzzzzzzzzzzz...ad la hamba Allah 2 dy pg tandas dulu sbb ak sruh dy solat dulu tp dy pg tandas sblum 2..sbb ak x thn cngt letih ak tdo setengah jam..punya la lama ak tunggu x msuk2x... lame2x ak tunggu dy pom muncul dengan wat muka cdih smbil2x gelak2x...ak jd confius ape la y terjdi kt kwn ak nie..blik dr tndas jd plik tetibe,,,ble ak tnye x jwb...ble ak tnye bnyak kali dy pom cerita...patut la lame sangat rupa2xnye terkunci dlam tndas dh la msuk tandas untuk OKU...usaha punya usaha nk kuar dah la smua benda x bawa tlefon ke ape..hampir nak nangis..hehehe dngn percubaan terakhir dan diizinkan Allah pintu 2 pom terbuka...MALU NYE X TAHAN..X TAHU nak lrtak muka,,lau bleh letak dlm beg dh letak lam beg,,,haha betapa malunye apbl bkak pintu penuh orang kt luar pintu y trut sama bntu nk bkak pintu td...waaaaaaa malunyecepat2x beredar wat muka slumber p dalam hati malu cngt2 sebab smua org pandang dkat dy..lau ak duduk dlm situasinya x tau la...mngis kut!!!campur dngn malu lagi uuuhhhhhh!! katanye...kenangan laa haha...ak tergelak kahkahkah...pas2 ciap2x solat pg la nek ktm lak nak pg putra...sampai kat utra Ya Allah punya la rmai orang mcm ulat,,nk msuk berkepit xe ruang kut mEN REDAH JE,,,dengan panasnye,bising nye kpala ak dah pusing...dhla xde tmpat duduk..terpaksa la berdiri..kat tiket bas ak bertolak pkul 9.30..tunggu punya tunggu kul10.00 x datang la...Ya Allah ujian2x...ak bisik lam hati bersabar2x sampai mood ak dh hilang...nak ckap pom malas...ak snyap jew,,kwan ak tnye satu ak jwb satu...cbab letih cngt2x weiiiii dhla beg berat...mata ak nk berkelip pom dh x larat,, dah la mlm 2 tdo lwat sbb shooting,,,dugaan...pkul10.40 baru la ak nek bas,,ape lg trus tido la ak,,smua msg2x ak x lyan cbb tdo mse letih cngt puasssssss haaaaa.........adussssssssss la...pengalaman sungguh!!!pngalaman mnjdikan kita lebih matang...masam,manis,masin smua ad...akn ku adun mnjd satu kngn bersama kwn ku...hahahaha.........SEE U AGAIN...
MID VALLEY OWH MID VALLEY...